Don't have time for intensive skin care? You can still pamper yourself by acing the basics. Good skin care and healthy lifestyle choices can help delay the natural aging process and prevent various skin problems. Get started with these five no-nonsense tips.
1. Protect yourself from the sun
One of the most important ways to take care of your skin is to protect it from the sun. A lifetime of sun exposure can cause wrinkles, age spots and other skin problems — as well as increase the risk of skin cancer.
For the most complete sun protection:
Use sunscreen. Use a broad-spectrum sunscreen with an SPF of at least 15. Apply sunscreen generously, and reapply every two hours — or more often if you're swimming or perspiring.
Seek shade. Avoid the sun between 10 a.m. and 2 p.m., when the sun's rays are strongest.
Wear protective clothing. Cover your skin with tightly woven long-sleeved shirts, long pants and wide-brimmed hats. Also consider laundry additives, which give clothing an additional layer of ultraviolet protection for a certain number of washings, or special sun-protective clothing — which is specifically designed to block ultraviolet rays.
2. Don't smoke
Smoking makes your skin look older and contributes to wrinkles. Smoking narrows the tiny blood vessels in the outermost layers of skin, which decreases blood flow. This depletes the skin of oxygen and nutrients that are important to skin health.
Smoking also damages collagen and elastin — the fibers that give your skin strength and elasticity. In addition, the repetitive facial expressions you make when smoking — such as pursing your lips when inhaling and squinting your eyes to keep out smoke — can contribute to wrinkles.
If you smoke, the best way to protect your skin is to quit. Ask your doctor for tips or treatments to help you stop smoking.
3. Treat your skin gently
Daily cleansing and shaving can take a toll on your skin. To keep it gentle:
Limit bath time. Hot water and long showers or baths remove oils from your skin. Limit your bath or shower time, and use warm — rather than hot — water.
Avoid strong soaps. Strong soaps and detergents can strip oil from your skin. Instead, choose mild cleansers.
Shave carefully. To protect and lubricate your skin, apply shaving cream, lotion or gel before shaving. For the closest shave, use a clean, sharp razor. Shave in the direction the hair grows, not against it.
Pat dry. After washing or bathing, gently pat or blot your skin dry with a towel so that some moisture remains on your skin.
Moisturize dry skin. If your skin is dry, use a moisturizer that fits your skin type. For daily use, consider a moisturizer that contains SPF.
4. Eat a healthy diet
A healthy diet can help you look and feel your best. Eat plenty of fruits, vegetables, whole grains and lean proteins. The association between diet and acne isn't clear — but some research suggests that a diet rich in vitamin C and low in unhealthy fats and processed or refined carbohydrates might promote younger looking skin.
5. Manage stress
Uncontrolled stress can make your skin more sensitive and trigger acne breakouts and other skin problems. To encourage healthy skin — and a healthy state of mind — take steps to manage your stress. Set reasonable limits, scale back your to-do list and make time to do the things you enjoy. The results might be more dramatic than you expect.
14 Tips Untuk Menyimpan Duit Walaupun Tak Banyak Duit
Berapa banyak duit yang anda nak simpan?
14 tip.
Tip-tip yang saya kongsikan ini boleh dipakai supaya anda dapat melihat akaun bank anda membesar dari semasa ke semasa. Lebih banyak duit anda akan tersimpan. Siapa tak nak ada duit lebih kan? Menyimpan duit adalah kewajipan kita dalam dunia moden ni.
Kalau ada duit lebih rase tenang je hati kita. Susah kalau kita tak menyimpan.
Kita akan betul-betul rasa pentingnya duit ni betul-betul bila waktu susah nanti. Ataupun beli rumah. Atau kereta.
Ada beberapa soalan yang timbul apabila anda ingin menyimpan duit anda. Berapa banyak duit yang anda boleh jimat?
Di mana anda mahu meletakkan duit duit anda, dan bagaimana anda boleh pastikan duit anda tak pergi mana-mana?
Sekarang, kita teruskan. Di bawah ini ialah tip-tip yang akan membantu anda menjawab soalan-soalan tersebut. Kena pandai simpan duit. Gambar oleh: lunaticg.blogspot1. HAPUSKAN Hutang Anda Terlebih Dahulu.
Kira berapa banyak anda telah habiskan untuk membayar hutang anda.
Anda akan mendapati bahawa menghapuskan hutang adalah cara terpantas yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan duit lebih untuk disimpan.
Apabila anda tidak menggunakan wang untuk pembayaran hutang, anda boleh menyimpan duit tersebut. Lagi cepat anda membayar hutang, lagi tenang hati anda kerana anda tak perlu lagi fikir pasal hutang.
Anda hanya perlu fikir tentang simpan, simpan dan simpan sahaja. Ataupun melabur 2. Tetapkan Matlamat Tabungan Anda.
Berapa banyak sebenarnya yang anda nak simpan?
Jika anda ingin membeli rumah, anda tentuka berapa banyak bayaran muka yang anda perlu buat.
Untuk matlamat jangka panjang, seperti persaraan, anda perlu melakukan perancangan yang lebih rapi.
Anda kena memikirkan berapa banyak wang yang anda perlukan untuk hidup dengan selesa selama 20 atau 30 tahun selepas anda berhenti kerja dan anda juga perlu memikirkan bagaimana pelaburan akan membantu anda mencapai matlamat anda.
Bila anda dah ada duit lebih, anda boleh laburkan duit tu. 3. Buat Satu Jangka Masa Untuk Anda Menyimpan.
Sebagai contoh: “Saya nak beli sebuah rumah dua tahun akan datang bermula dari hari ini.”
Apabila anda sudah menetapkan tarikh tertentu, tarikh tersebut membolehkan anda fokus untuk mencapai matlamat itu.
Anda perlu pastikan dalam jangka masa itu anda boleh capai objektif anda.
Jika matlamat yang anda tentukan itu tidak boleh dicapai, anda akan merasa kecewa.
Cuba kira-kira berapa banyak anda boleh simpan setiap bulan.
Dari situ anda boleh tengok berapa banyak anda boleh simpan dalam jangka masa yang lebih panjang.
Dan itu membawa saya ke point seterusnya… 4. Fikirkan Berapa Banyak Yang Anda Perlukan Untuk Menyimpan.
Anda perlu fikir berapa banyak yang boleh anda simpan duit selama seminggu, sebulan atau setiap kali anda mendapat gaji untuk mencapai setiap matlamat penyimpanan duit anda.
Ambil kira setiap perkara yang perlu menggunakan duit dan berapa banyak yang anda perlukan untuk memulakan simpanan harian anda bermula hari ini.
YA. Fikir tentang simpan duit tu hari ini juga. Jangan tunggu-tunggu lagi.
Sebagai contoh, jika anda mahu meletakkan bayaran muka sebanyak RM20 ribu untuk sebuah rumah dalam masa 36 bulan (tiga tahun), anda akan perlu mencari jalan untuk menyimpan kira-kira RM560 (560 x 36 = RM20,160) setiap bulan.
Tetapi jika gaji anda sedikit. Sebagai contoh lebih kurang RM1,000. Saya pasti anda tahu menyimpan sebanyak itu BUKAN satu matlamat yang realistik.
KECUALILAH jika anda tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab dan anda dapat makanan percuma dan tidak perlu keluar duit minyak untuk prgi tempat kerja.
Anda kena adaptasi matlamat anda dengan hidup anda. 5. Simpan Rekod Perbelanjaan Anda.
Dengan kata lain, keep track perbelanjaan anda. Ada dua perkara mengenai duit anda: berapa banyak yang anda dapat dan berapa banyak yang anda belanjakan.
Tulis perbelanjaan anda untuk setiap bulan. Buat seperinci yang mungkin, dan pastikan anda masukkan pembelian kecil seperti shavers atau syampu dan lain-lain.
Buat kategori untuk setiap pembelian seperti insuran kereta, bayaran kereta, bil telefon, bil elektrik, hiburan, dan lain-lain.
Simpan satu nota kecil dengan anda pada setiap masa (sekarang anda boleh gunakan telefon pintar anda). Jadikan satu tabiat anda untuk merakamkan setiap perbelanjaan dan simpan resit untuk setiap perbelanjaan.
Kemudian, duduk seminggu sekali dengan nota kecil dan resit anda. Rekodkan perbelanjaan anda ke dalam Microsoft Excel. Anda boleh menggunakan fungsi kira di dalam Excel.
Terdapat juga app yang anda boleh muat turun di Play Store untuk membantu anda menjejaki perbelanjaan anda. 6. Kurangkan Perbelanjaan Anda.
Dah rekodkan perbelanjaan anda?
Cuba anda lihat kembali rekod perbelanjaan anda tu.
Anda mungkin akan terkejut apabila anda melihat kembali rekod perbelanjaan anda: RM30 untuk ais krim, RM10 untuk tiket letak kereta, dan mungkin juga RM40 untuk tiket wayang (bila anda belanja kawan-kawan ataupun anak-anak anda).
Anda akan melihat beberapa banyak pembaziran yang anda lakukan.
Dan yang anda boleh kurangkan.
Bergantung kepada berapa banyak yang anda perlukan, mungkin anda perlu membuat beberapa keputusan yang sukar.
Apa yang penting?
Fikirkan tentang keutamaan anda dan potong mana-mana yang boleh potong.
Kira berapa banyak yang anda boleh berjimat kemudian tengok berapa yang akan anda dapat dalam tempoh setahun.
Anda akan menjadi lebih bermotivasi untuk untuk menyimpan bila anda tahu berapa banyak anda dapat jimat.
11 soalan di bawah boleh digunakan untuk anda bertanyakan kepada diri anda mana yang anda boleh potong kos hidup anda.
Bolehkah anda bergerak ke sebuah apartmen atau rumah yang sewanya lebih murah?
Bolehkah anda membiayai semula (refinance)?
Bolehkah anda menjimatkan wang pada minyak, atau tidak menggunakan kereta langsung? Jika keluarga anda mempunyai banyak kereta, bolehkah anda menggunakan hanya satu?
Bolehkah anda mendapatkan kadar caj yang lebih baik untuk insurans anda? Telefon bank-bank dan syarikat insurans yang ada dan pastikan anda mendapat harga terbaik.
Bolehkah anda berhenti menggunakan telefon landline (talian darat) dan menggunakan telefon bimbit anda atau menyimpan wang dengan menghubungi melalui internet secara percuma dengan perkhidmatan seperti Skype?
Bolehkah anda hidup tanpa Astro?
Bolehkah anda mengurangkan bil-bil utiliti (telefon, elekktrik dan air) anda?
Bolehkah anda mengurangkan makan di luar?
Bolehkah anda membeli bahan makanan secara banyak-banyak untuk mengelakkan anda kerap keluar?
Bagaimana dengan menggunakan kupon?
Boleh anda masak di rumah? Anda mungkin dapat menjimatkan wang yang banyak apabila membeli banyak-banyak sekali gus.
Beli hanya semasa diskaun TETAPI jangan jadikan alasan untuk membeli sepanjang masa ada diskaun. Kadang-kadang itu adalah trik pasaraya dengan letah harga tinggi dan cakap ada diskaun sebanyak tu.
Berhati-hati dengan taktik pasaraya.
Jika anda boleh jimat berbelanja sampai 50% pun dah bagus dah. 7. Nilai Semula Matlamat Simpanan Anda.
Cuba buat ni: tolak perbelanjaan anda daripada pendapatan yang anda bawa pulang. Tolak juga cukai.
Berapa banyak bezanya?
Dan adakah ia sepadan dengan matlamat simpanan anda?
Katakan anda telah memutuskan anda 100% pasti anda boleh hidup dengan RM1500 sebulan, dan jumlah gaji anda ialah RM2300 sebulan.
Ini bermakna anda mempunyai RM800 untuk disimpan.
Jika anda tidak boleh memuatkan objektif simpanan anda mengikut bajet anda, lihat kembali kenapa anda menyimpan dan tolak ke tepi perkara yang kurang penting atau anda boleh menyesuaikan jangka masa simpanan anda.
Jika anda rancang dalam 2 tahun anda beli kereta baru, mungkin anda boleh tambah setahun lagi untuk membelinya (3 tahun) dan pada waktu itu pun kereta sudah semakin canggih untuk anda beli 8. Buat Bajet Anda Sendiri
Bila anda dah rekod, dah tahu objektif anda, anda boleh buat bajet anda.
Sebaik sahaja anda telah berjaya untuk mengimbangi pendapatan anda dengan matlamat simpanan anda dan perbelanjaan, tuliskan bajet supaya anda akan tahu setiap bulan berapa banyak gaji yang akan anda gunakan.
Jangan lupa pasal bajet sebab selalunya bila kita nampak benda kita rasa nak beli.
Dengan bajet, kita boleh cuba elakkan benda ni daripada berlaku. Kita tetapkan terus berapa banyak kita nak belanja. Sebagai contoh: “Saya hanya akan membelanjakan RM30 sebulan pada wayang / coklat / kopi / dan lain-lain.” 9. Berhenti Menggunakan Kad Kredit.
Bayar untuk segala-galanya dengan wang tunai Jangan gunakan cek.
Dengan kata lain, jangan berlagak kaya. Kita secara automatik akan lebih mudah berbelanja apabila kita tak nampak duit tu di depan mata.
Kenapa? Sebab anda tak nampak duit tu berkurangan di depan mata anda.
Jika anda guna wang tunai, anda boleh melihat duit tu berkurang dan berkurang dan sekurang-kurangnya adalah rasa menyesal bila belanja banyak sangat.
Jika anda perlu mempunyai kad kredit tetapi tak nak tergoda, letakkan dalam kertas matlamat anda dalam dompet anda.
Anda rasa nak guna je, anda nampak matlamat anda atas kertas. Kalau semangat anda kuat, anda akan ingat pelan anda dan berhenti gunakan kad untuk benda yang tak perlu.
Atau anda boleh letakkan kata-kata semangat untuk memastikan kad itu anda gunakan betul-betul untuk benda yang penting.
Kad kredit tidak semestinya jahat.
Guna kad kredit ni sebenarnya tentang bagaimana kita kawal diri kita.
Jika anda menggunakan kad kedit dengan bertanggungjawab. Bayar hutang kad kredit anda, anda boleh mendapat manfaat daripada penggunaan kad kredit ni.
Tetapi ingat. Syarikat kad kredit membuat duit apabila anda membelanjakan wang.
Syarikat kad kredit akan mempromosikan pelbagai benda kepada anda. Tawaran wang kembali, pengenalan, poin penerbangan dan macam-macam lagi. 10. Letak Duit Dalam Balang
Cuba anda letakkan duit yang anda nak pakai setiap bulan tu dalam balang masing-masing.
Untuk kereta, untuk minyak, untuk makan minum… Letak dalam balangnya sendiri.
Kalau nak pakai duit tu, tarik keluar duit daripada balang tu.
Pergh, anda mesti nampak betapa cepatnya duit tu habis.
Dan disebabkan itu, anda akan berfikir banyak kali sebelum nak habiskan duit. 11. Lihat Jika Anda Boleh Mencari Akaun Bank Dengan Kadar Dividen Yang Lebih Tinggi Tidak semestinya Maybank ya. Okay?Senang je nak faham kan poin ni?
Cari bank yang boleh bagi dividen yang lebih tinggi.
Cuba buat dalam bentuk carta ke. Itu cara termudah untuk tahu mana bank yang boleh tawarkan dividen yang tinggi.
Cuba lihat pelaburan berisiko rendah tetapi mempunyai dividen yang tinggi. Tabung Haji juga menawarkan peratus yang tinggi. Satu lagi ialah Bank Rakyat.
Cuba anda tengok semua pilihan yang ada. 12. Bayar Diri Sendiri Dahulu.
Simpanan harus menjadi keutamaan anda.
jadi jangan kata yang anda simpan apa yang tinggal pada akhir bulan. Anda tipu diri sendiri kalau anda cakap begitu. Anda takkan simpan.
Simpan duit sejurus selepas anda dapat gaji ke dalam akaun ataupun tabung anda.
Cara yang mudah dan berkesan untuk memulakan penjimatan adalah dengan mendepositkan 10% setiap cek dalam akaun simpanan.
Anda boleh membuat pemindahan automatik dari akaun anda ke akaun anda yang lain (yang anda takkan sentuh duit di dalamnya). 13. Jangan Mudah Kecewa atau Berputus Asa.
Anda mungkin tidak fikir anda boleh menjadi kaya. Dan untuk menjadi jutawan adalah mustahil. Tapi bayangkan… sedikit demi sedikit anda menyimpan.
Pada mulanya memang sedikit. Seperti tak cukup. Lama makin lama, perubahan mula berlaku. Anda akan dapat nampak duit yang dsimpan… yang sedikit itu… mula bertambah.
Sehinggalah pada satu hari anda akan berasa gembira kerana anda menjadikan menabung itu sebahagian daripada hidup anda. Sebenarnya Banyak Cara Nak Menyimpan Kan?
Setiap kali anda pergi untuk membeli sesuatu, cuba fikir sebab yang menyebabkan anda menyimpan. Dan betapa dekatnya anda dengan objektif simpanan anda sebenarnya.
Cuba anda kongsi benda yang anda cuba buat. Anda akan dapat lihat sama ada rakan anda sokong ataupun lawan tapi cuba motivasikan mereka untuk mengikut anda kerana ini akan membentuk satu kitaran mulia (virtuous cycle). Ingat Tentang Harta Anda!
Anda kena pandai jaga harta benda anda. Kalau anda ada berus gigi elektrik dan motor untuk biar berusnya berpusing itu rosak anda tak perlu beli baru. Guna terus. Tengok waranti barang yang anda beli.
Kalau ada ada hobi, anda perlu fikir lebih banyak.
Anda kena tentukan satu peraturan di mana anda perlu tentukan berapa banyak duit yang akan anda habiskan untuk hobi tersebut. Ini sangat penting terutama sekali kalau anda ada hobi yang mahal.
Jika anda dapat durian runtuh, anda boleh mengenepikan duit yang anda dapat tu mengikut jadual anda.
Kalau anda tetapkan diri anda kena simpan 10% daripada semua duit yang anda dapat… simpan duit sebanyak tu.
Apabila anda membuat pembelian dengan wang kertas, akan ada baki. Simpan baki anda dalam balang atau dalam mug (saya gunakan mug plastik untuk simpan duit syiling saya).
Satu mug kalau penuh boleh dapat lebih daripada RM50. Ada masa tu saja kumpul-kumpul dapat nak dekat RM100. Hanya daripada satu mug. Jangan guna duit tu pula nanti lepas dah tebus kepada wang kertas ya!
Sebenarnya kita boleh menyimpan duit tanpa mengambil kira pendapatan kita. Mula sedikit demi sedikit. Sebagai contoh, RM50 secara automatik dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji anda.
Setahun dah dapat RM600. Ini hanyalah satu kiraan yang sangat konservatif. Saya rasa anda boleh simpan lagi banyak.
Bila anda mula sedikit demi sedikit tabiat menabung ni, anda akan perasan yang anda sebenarnya tidak perlu pakai duit yang banyak. Tentang Kad Kredit Anda Tu
Kalau anda rasa anda tak boleh potong kad kredit anda. Sekurang-kurangnya anda boleh kurangkan penggunaan kad-kad anda. Jangan letakkan dalam dompet. Letakkan kad-kad itu d tempat yang lain.
Lagi susah nak capai lagi bagus. Anda hanya dibenarkan guna bila anda betul-betul perlu sahaja. Cara ini agak lawak tapi kalau anda susah nak capai, susah lah anda nak guna.
Kalau anda setiap bulan dapat gaji yang lebih kurang sama, senang untuk anda kawal bajet anda.
jika gaji anda setiap bulan berubah, susah sikit. Tapi jangan menyerah! Senaraikan perbelanjaan anda ikut kategori dan mana yang anda boleh kurangkan perbelanjaan. Jangan letakkan sasaran tinggi. Anda kena tahu had anda.
Bila anda dah boleh dapat konsisten gaji, baru anda sasarkan tahap yang lebih tinggi.
Anda perlu berikrar kepada diri anda yang anda akan simpan duit. Ulangi pada diri anda sendiri mengenai sebab anda menyimpan dan cuci minda anda sendiri mengenai hutang. Hutang bukan satu pilihan. Jangan Lupa Berseronok
Cuba cari keseronokan tanpa perlu membazirkan duit. Mungkin anda boleh belajar menari (boleh menari dengan isteri/suami anda), atau anda bersenam, bermain teka-teki dan sebagainya.
Cuba cari sesuatu yang tidak memerlukan anda mengeluarkan duit.
Kadang-kadang anda boleh luangkan masa dengan berbincang mengenai falsafah, mungkin juga mendalami ilmu agama dan ilmu kewangan (seperti yang anda buat sekarang ini) tanpa perlu menghabiskan duit.
Sebenarnya banyak benda yang anda boleh buat tanpa perlu menghabiskan duit. Anda hanya perlu imaginasi dan lihat apa yang ada di luar sana.
Pelbagai talian persahabatan boleh terjalin bila anda terlibat dalam permainan-permainan yang ada di luar sana. Jumpa orang, dan main. Tak pakai duit dan memupuk semangat kekitaan anda. Ada Alasan Untuk “Ponteng” Berjimat?
Setiap kali anda mencari alasan untuk ponteng berjimat, saman diri anda. Caj diri anda 50 sen untuk setiap alasan ke dalam tabung anda. Anda akan dapat tengok berapa banyak alasan sebenarnya yang anda beri pada diri anda untuk tidak berjimat.
Jika betul anda memerlukan sesuatu, cuba anda tanya diri anda, adakah anda betul-betul memerlukannya atau hanya keinginan anda semata-mata? Sebahagian besar daripada benda yang anda ingat anda perlukan, adalah sesuatu yang anda tidak perlukan. Peringatan Untuk Mereka Yang Ingin Menyimpan Duit
Jika anda mempunyai kawan yang boros, anda mungkin perlu membuat satu senarai alasan untuk menjelaskan mengapa anda tidak boleh keluar dengan mereka sepanjang masa.
Jangan keluar window shopping dengan membawa duit. Anda lambat laun akan terdorong untuk membelanjakan wang anda. Hanya membeli-belah dengan senarai barang yang telah ditetapkan.
Selepas seminggu yang panjang bekerja, anda mungkin terdorong untuk berbelanja dengan memberitahu diri anda sendiri, “Saya berhak dapatkan ni”. Ingat: perkara yang anda beli bukannya hadiah pada diri sendiri. Tapi adalah satu pertukaran antara wang anda dengan satu produk.
Anda boleh katakan pada diri anda: “Sudah tentu saya layak untuk beli, tetapi sebenarnya saya mampu atau tidak? Jika saya tidak mampu, saya memang layak, dan saya masih layak untuk memenuhi matlamat simpanan saya!”
Melainkan jika anda berada di dalam yang benar-benar terdesak (seperti anak anda kelaparan ataupun ada orang mengacu pistol ke kepala anda), jangan sentuh langsung duit tu.
Jangan fikirkan perkara yang remeh-temeh seperti keluar makan dengan rakan anda ataupun buat perkara yang membazir.
Benda-benda ni boleh tunggu kemudian hari kerana apabila anda ponteng membuat tabungan, anda akan mendapat masalah pada kemudian hari. Jangan risau kalau tak dapat ikut 100%. Anda boleh cuba lagi nanti. 14. Tip Terakhir
Bila anda dapat duit raya, jangan lupa simpan duit raya tu! Terutama sekali bila anda masih kecil.
Masa tu anda boleh dapat banyak dan bila anda dah besar, susah nak dapat duit raya banyak. Admin tak dapat langsung dah
Tips tips umum menjaga laptop anda. assalamualaikum.. Untuk perbincangan harini, saya nak share sedikit bagaimana penjagaan laptop atau computer riba dalam Bahasa melayu. Laptop sekarang ni sangat penting dalam alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran, jadi seseorang tu perlulah tahu bagaimana perlu menjaga kebaikan laptop sendiri.
Pastikan ianya cukup sejuk
Laptop menjana banyak haba terutamanya jika anda menggnakan software terkini. Terlalu panas, anda berisiko merosakkan motherboard anda.
Beginilah heatsink mengumpulkan habuk selepas 6 bulan
Pastikan laptop anda mempunyai ruang pengudaraan yang baik, dan pastikan anda tidak menghalang aliran angin dari kipas laptop kerana ianya satu satunya ruang udara yang ada!
Pastikan anda menghantar laptop anda kepada pakar untuk servis kipas laptop anda untuk mencuci habuk bila :
1) Laptop anda panas di bahagian kipas.
2) Setiap 6 bulan sekali.
Kipas selepas 6 bulan menyimpan habuk
Ini adalah masalah kritikal yang semua pengguna laptop tidak ketahui sehinggalah laptop mereka rosak. Selepas beberapa lama laptop anda pasti akan memerangkap habuk di kipas processor.
Ini menyebabkan sistem pengudaraan yang tidak baik lalu laptop akan terlebih panas dan merosakkan komponen komponen seperti motherboard dan processor laptop
Percayalah, jika anda mengamalkan sikap ini, anda tidak akan tergolong daripada orang yang terpaksa menanggung kos beratus ratus ringgit menukar motherboard.
Berhati hati dengan skrin LCD anda
Elakkan dari menyentuh atau bermain dengan LCD skrin anda.
LCD anda boleh rosak menjadi garisan- garisan, keputihan, gelap tiada lampu. bergegar gegar, jadi TV rosak. berwarna hijau, merah atau kuning.
Untuk mengelakkan pecah atau retak...
Pastikan anda tidak meletakkan
kunci,
duit syiling
cincin
pen drive
USB broadboand dongle
Ini yang telah terjadi kerana meletakkan objek pada tempat yang tak sepatutnya
Pendek kata jangan sekali kali meletakan objek di atas laptop
Jangan jatuhkan laptop anda!
Kadang kadang kita tidak boleh mengelak dari perkara yang tidak diingini tetapi kita boleh kurangkan kesannya. Sentiasa gunakan beg laptop yang berkualiti ( walaupun berat), Elakkan dari menggunakan beg laptop yang cantik di luar tapi tidak melindungi!
Jangan bawa laptop anda merata rata tanpa menyimpannya di dalam beg dahulu! jadikannya amalan!
Jangan letakkannya di tepi tepi meja atau tempat tempat yang tidak stabil. Jika terjatuh, anda boleh memecahkan
LCD skrin, hinge (susah sangat jumpa)
Cover (pun susah sangat nak jumpa)
Frame (lagi sangat susah nak jumpa)
Hard Disk( mudah diganti tetapi data tidak dapat diganti)
Pastikan getah yang sepatutnya berada di bawah laptop masih ada dan berada dalam keadaan baik . Ini akan mengelakkannya dari tergelincir secara tak sengaja.
Jangan letak minuman berhampiran
Jika anda perlu minum ketika anda menggunakan laptop, pastikan anda tidak menumpahkannya!
Beberapa titis minuman anda jika tumpah ke laptop boleh membuatkan anda kerugian besar.
Oh Tidak!
Keyboard , motherboard dan hard disk anda antara yang berisiko untuk rosak.
Motherboard laptop di atas rosak kerana tertumpah air
Anda pasti tidak mahu membelanjakan beratus ratus ringgit angkara beberapa titis air bukan?
Katakan tidak kepada virus!
Pengguna laptop yang bijak pasti mempunyai anti virus yang terbaik
Pastikan anda membeli antivirus yang berkualiti dan elakkan dari menggunakan antivirus yang percuma. Ini adalah kerana antivirus percuma tidak mempunyai semua ciri keselamatan yang premium seperti antivirus yang berbayar.
Pastikan juga anda update definisi antivirus anda. Jika tidak, ianya tidak berguna dan laptop anda akan terdedah dengan beribu ribu virus baru yang berbahaya.
Kebanyakan antivirus sekarang auto update supaya anda tidak pening untuk memikirkannya.
Dan jangan sekali kali install lebih dari satu antivirus dalam sebuah laptop. Ia umpama mempunyai 2 polis dalam satu negara!
Harap sentiasa dalam keadaan yang bersemangat sentiasa!
Blog ini dibuat bagi sesiapa yang ingin mengambil peperiksaan MUET.
Anda pasti tahu untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama (Degree) di Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) tempatan, anda perlu LULUS Peperiksaan MUET ini.
Malah saya sendiri pun telah menghadapi MUET pada Julai 2015.
Di bawah adalah contoh jadual peperiksaan MUET 2014
MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga buat mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Cuba lihat gambar di bawah statistik MUET sebelum ini. Inilah realitinya, tidak ada tokok tambah.
Tidak sampai separuh jumlah calon yang ambil lulus dengan cemerlang MUET. Ini baru 2011, tahun seterusnya juga menunjukkan jumlah yang sama.
Inilah antara penyebab kenapa mereka gagal dapat tempat di IPTA. Kalau yang dapat pun, terkial-kial, terpinga-pinga kerana di IPTA sistem pembelajaran adalah 100% dalam bahasa Inggeris. Walaupun sudah dapat masuk ke IPT, bila kita nak habis belajar, kita masih lagi perlu dapatkan MUET sekurang-kurangnya band 3. Kalau tidak, tidak konvo la jawabnya. Oleh itu, mahu atau tidak mahu, kena juga hadapi MUET ini.
KENAPA CALON SENTIASA GAGAL DALAM MUET ? Kurang persediaan
Calon tidak bersedia dari awal, daftar Muet terus pergi exam. Calon tidak tahu jenis apakah soalan yang ditanya, berapa masa yang diperuntukan untuk jawab soalan, berapa banyak kertas yang perlu dijawab, tidak tahu teknik menjawab. Umpama seperti "pergi berperang, tidak bawa senjata atau pakai baju kalis peluru, pergi serbu jer musuh tanpa ada strategi. mestilah kalah kalau tidak ada perancangan dari awal."
Over confident & gaya penampilan
Calon terlalu yakin sehingga tidak buat persediaan, over confident
Gaya penampilan tidak kemas. Perlu ingat waktu ujian speaking yang menilai adalah pemeriksa. Jika mereka melihat gaya kita tidak kemas, kemungkinan markah diberi adalah rendah kerana mereka tidak selesa pandang kita waktu penilaian.
Maklumat salah
Apabila hampir waktu peperiksaan MUET, calon sering pergi ke internet cari tips untuk lulus MUET. Di situ silapnya adalah, kemungkinan tips itu adalah salah. Malah tidak tersusun sehingga buat kita pening. Yang lebih teruk lagi ialah tips yang diberi telah lama OUTDATED.
Jika perkara ini berulang dan berlaku kepada diri kita lagi, memang sampai bila-bilalah kita tidak akan lulus MUET ini. Kita perlu berubah, bersedia dari awal, guna sumber yang betul dan sahih.
Serius, susah nak lulus peperiksaan MUET ni jika persediaan pun tidak dilakukan secara menyeluruh dan sistematik.
Tapi jika anda betul-betul nak berjaya x nak ambil 5-6 kali MUET. (Sekali ambil dah RM100, buat habis duit jer kalau asyik ulang benda yang sama ni).
Untuk persediaan MUET, sekarang saya sedang mempelajari tips2 dan rahsia untuk cemerlang dalam peperiksaan MUET melalui buku ini.
Buku ini telah diperkenalkan kepada saya oleh kawan saya sendiri yang telah mendapat Band 3 pada peperiksaan Muet yang lalu, selepas beberapa kali gagal dalam peperiksaan MUET. (Sama macam saya tapi dia lulus, saya x lulus lagi)
Katanya banyak tips yang berguna dalam buku ini. cara menjawab, contoh soalan yang bakal ditanya, tips persediaan dari segi mental dan fizikal, teknik nak dapat markah tinggi dalam speaking, cara ambil nota ketika ujian listening dan macam-macam lagi teknik yang bagi saya cukup berguna dan sempurna untuk menghadapi MUET nanti. Buku ini juga mengikut format terkini MUET. Sebelum ini ragu-ragu nak beli, takut kena tipu, tapi contoh orang yang berjaya dah ada depan mata, cepat-cepat beli, terus belajar tips-tips yang ada dalam buku ini.
Saya melihat juga tips yg terdapat dalam buku juga amat berguna unuk kita gunakan dalam kehidupan kita seperti penulisan laporan dan cara bercakap dalam pembentangan dihadapan orang ramai.
Secara kasarnya pakej ebook ini bukan sahaja terkandung maklumat umum tentang peperiksaan MUET malah jauh lebih banyak lagi. Setiap seksyen dihuraikan dengan terperinci beserta contoh soalan dan jawapannya dipecahkan kepada perincian detail untuk memudahkan persediaan anda.
SETIAP ORANG BERHAK UNTUK BERJAYA DALAM HIDUP, DAN UNTUK BERJAYA MESTILA BERUSAHA DAN TAWAKAL.
Anda tidak akan menyesal dengan pembeliaan ebook ini. malah anda akan mengucap terima kasih setelah mendapat keputusan yang cemerlang.
Dengan hanya RM 40.00, anda akan dapat rahsia yang akan mencerahkan masa depan anda. Buku ini juga sentiasa akan dikemas kini mengikut format dan soalan MUET yng terkini. dan anda akan sentiasa akan dapat buku yang telah dikemas kini secara percuma. (Tiada kos tambahan)
Tahun 2014 ini khabarnya ramai yang akan mengambil semula Peperiksaan MUET sebab GAGAL dalam ujian peperiksaan lepas. Dalam mencari Ilmu. tidak rugi kalau kiat keluarkan sedikit sahaj modal untuk kesenangan masa depan. Malah dengan modal sikit inilah, kita dapat menjana pendapatan yang berlipat kali ganda pada masa depan.
Janagn hanya x nak kuarkan modal RM40, kita kena ambik MUET berkali-kali . (Satu MUET dah RM100, Kalau 2-3 kali ambil, dah RM300). TIDAK BERBALOI LANGSUNG. Hanya kerana x nak kuar RM40 sekarang, Kita kena kuarkan sampai RM300 pada masa hadapan)....Amatlah Rugi.
Selain kimchi makanan Korea yang popular ialah Kimbab . Cara membuatnya sangat mudah dan enak dimakan. di sini saya akan mengajar bagaimana untuk membuat kimbap atau gimbap dgn rasa yg sangat sedap.
1. Beras short grain (saya guna jenis Sumo ). Beras ni ketot-ketot aje tau. Lagi ketot dari beras yang kita biasa makan di Malaysia.
2. Seaweed atau rumpai laut yang dileperkan (alah... macam dalam gambar di atas). Pastikan anda cari yang ada logo halal ya sebab kalau yang semuanya bahasa asing,... susah juga sebab tak tau kandungan apa yang ditulis dalam bahasa tu). 3. Minyak bijan 4. Minyak masak (sedikit aje gunanya) 5. Telur 2-3 biji (bergantung berapa banyak anda nak buat kimbap ni) 6. Sebatang lobak merah 7. Sebatang timun 8. Sosej (ayam atau daging, bergantung pada mana yang anda suka) 9. Sedikit garam 10. Bamboo mat atau dalam bahasanya tikar bamboo kecil (boleh le kot ayat ni, hehehee...)
Masak nasi dalam 3 pot. Cuci beras macam kita selalu masak tu. Selalunya kalau 3 pot beras, airnya mesti 6 pot. Dan selalunya, jika 3 pot beras anda masak, anda akan dapat dalam 6 gulung panjang kimbap tu. Masa menunggu beras masak, kita goreng telur dadar. Tarukkan secubit garam dalam adunan telur tu. Goreng seperti biasa. Potong memanjang bila sudah masak. Buang kulit lobak merah dan potong memanjang seperti mana macam telur juga. Untuk timun pula, potong kedua-dua hujungnya dan potong memanjang seperti lobak tadi cumanya, jangan ambil bahagian tengah timun yang berair. Tak sesuai untuk diletakkan dalam kimbap. Takut cepat basi. Potong memanjang timun tersebut, Jangan nipis sangat tau. At least, sebesar saiz jari kelingking. Sosej pula, anda potong empat bahagian memanjang. Sama seperti timun dan lobak. Goreng lobak merah yang dipotong ke dalam kuali yang diletakkan sedikit minyak. Sedikit aje tau. Kemudian angkat dan ketepikan. Goreng sosej pula dengan minyak yang sedikit. Setelah agak masak, angkat dan ketepikan. Saya sarankan anda lap minyak yang ada pada sosej dan lobak agar ia tidak terlalu berminyak di dalam gulungan kimbap. Untuk kesihatan juga kan... Setelah nasi masak, dan agak suam-suam, masukkan ke dalam satu mangkuk besar dan titiskan sedikit minyak bijan ke atas beras dan letakkan beberapa cubit garam. Tang ni, ikut citarasa anda. Kiranya suka rasa tawar, kurangkan garam. Tapi kalau nak sedap, suka-suka hatilah bak kata Chef Amar... Gaul nasi, garam dan minyak minyak itu agar mesra. Ambil papan pemotong atau pinggan besar dan letakkan bamboo mat ke atasnya dan letakkan pula sekeping seaweed ke atasnya. Letakkan sedikit nasi yang telah digaul tadi sedikit demi sedikit di atas seaweed dan benyekkan nasi tersebut. Macam gambar kat bawah ni. Benyek keliling kepingan seaweed tu tapi yang dihujung tu jangan taruk banyak sangat sebab takut bila digulung nanti, nasi terkeluar di hujungnya. Tak cantik sangat dah kimbap tu dan membazirlah kan... Kemudian, ambil timun dan letakkan ditepi sekali. Ambil sosej, telur dan lobak merah dan letakkan rapat-rapat. Ala-ala macam bertindan. Bila hendak menggulung, pastikan tangan anda menggulung perlahan-lahan sambil menekan isi kimbap agar tidak terkeluar. Sambil menggulung, tekan sedikit kuat di bamboo mat berisi kimbap tersebut agar seaweed, nasi dan isi kimbap mampat. Gulung pelahan-lahan hingga ke hujung. dan kemudian gelek ke hadapan dan ke belakang bamboo mat berisi kimbap tu. Setelah selesai menggulung, kimbap anda akan kelihatan panjang. Untuk memotongnya, potong saiznya sebesar ibu jari. Kalau rasa nak tebal, bolehlah potong ikut suka-suka hati... smile emoticon Dah siap potong semua, bolehlah dihidangkan di atas pinggan panjang atau bulat. Enak dimakan dengan mayonis, sos black pepper dan paling 'hebat' sekali adik saya buat, dibantainya makan dengan sambal tumis ikan bilis.